Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami..Amin..

Tuesday, June 28, 2011

Janji dan Sumpah Syaitan terhadap wanita...


Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.Bagaimanakah caranya?
 1. Membuka Bahagian Tangan
 Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Monday, June 27, 2011

Bidadari Dunia VS Bidadari Syurga

Jika diberi pilihan pada hari ini, mahukah kamu menjadi bidadari dunia?menjadi pujaan segenap lelaki di seluruh dunia..mahukah kamu? Pilihan ada di tanganmu..Menjadi lumrah kaum hawa untuk disukai, disayangi dan dipuja oleh kaum adam..Tapi biarlah kena pada tempatnya..Jika ditanya pada kaum adam sekalipun, yang mana satu ingin kamu jadikan bonda untuk anak2mu di kemudian hari..Mungkin kecantikan paras rupa menjadi salah satu jawapannya..Tapi apa yang pasti, seorang adam semestinya menginginkan seorang hawa yang dapat membimbing anak2nya ke jalanNya dan mengajarkan anak2nya tentang agamaNya..Jika bondanya berjilbab,maka itulah ikutan anak2nya..insyaallah..jika bondanya terdedah sana sini,apa pula jadi pada anaknya? Jika eloknya budi pekerti,mulianya hati, rupa paras pasti ditolak ketepi..


Hari ini, jangan ditangisi jika kecantikanmu tidak secantik sahabatmu..Sesungguhnya cantiknya di dunia adalah dugaan berat bagi kaum hawa didunia..Bersyukurlah kerana kamu telah lepas dari satu dugaan Allah di di dunia ini..Jika cantik didunia,menjadi buruan sekalian adam..Jika tidak dipelihara,menjadi fitnah seluruh alam semesta..nauzubillah..Jika diberi kecantikan di dunia,alhamdulillah,peliharalah ia seadanya..Tidak perlu ditayang seluruh dunia,cukuplah sekadar sejuknya mata mereka yang memandang..


Ketahuilah kaum hawa sekalian,
cantiknya dirimu bila menutup aurat..
lagi cantik dirimu bila berjilbab..
bertambah cantik bila kamu berjilbab menutupi bahagian dadamu itu.. 
Betapa mahalnya harga dirimu bila menutup aurat....
Lagi mahal harga dirimu bila bajumu labuh melebihi paras punggungmu...
bertambah mahal harga dirimu bila bajumu itu tidak dapat ditembusi mata..


Wahai kaum hawa,
Biarlah dirimu disukai kerana elok budi pekerti bukan hanya elok paras rupa..
Biarlah dirimu disayangi kerana mulianya hati bukan kerana hanya seksinya tutur kata..
Biarlah dirimu dipuja kerana jilbab yang menutupi dada bukan kerana putih gebunya susuk badan tontonan semua..

Untukmu kaum hawa,ketahuilah kamu lebih indah menjadi bidadari syurga berbanding bidadari dunia..Menjadi bidadari dunia hanyalah sementara walhal menjadi bidadari syurga untuk selamanya..